Dinding-dinding Kaca

Telah ku cari-Mu
dalam perjalanan
payah meredah hutan sengsara
terdampar di lereng-lereng gunung
mengharungi lautan tak bertepi
Kau juga yang mengenal diri-Mu

  • Share/Bookmark

Di Tengah Alam

Kerana terlalu yakin
yang diambil dari alam tidak mungkin hilang
kita menjadi peminjam kejam
enggan memulangkan
kebaikan

  • Share/Bookmark

Kumpulan Puisi – Bahtera Madani

Puisi sebagai cipta seni yang tercermin pada gaya penyampaian atau persembahannya melalui unsur-unsur bahasa, bunyi, rangkap dan tatawajah, bagi A. Aziz Deraman bukanlah sekadar untuk hiasan.

  • Share/Bookmark

Di Sekitar Dunia Sastera dan Permasalahannya

Di Sekitar Dunia Sastera dan Permasalahannya Penulis: Talib Samat Cetakan: 1993 Di Sekitar Dunia Sastera dan Permasalahannya menghimpunkan 50 buah esei/kritikan sastera yang memperdebatkan pelbagai aspek, isu, gejala, peristiwa, karya dan tokoh yang menggerakkan dan mewarnai kesusasteraan Malaysia dan sejagat. Penulis bukan sahaja menyorot kesusasteraan Malaysia berasaskan teks Melayu klasik,

  • Share/Bookmark

Dewasa , Sastera

100 Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu

100 Tahun - Post

Buku ini menghimpunkan 19 buah kertas kerja yang pernah dibentangkan dalam “Seminar 100 Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu” yang diadakan di Johor Bahru pada 29-30 Januari 1989 anjuran bersama kerajaan negeri Johor, GAPENA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Share/Bookmark

Buku Tambahan (Remaja) , Remaja

Ada dalam Tiada

Ada Dalam Tiada - Post

Sewaktu pertama kali hadiah sastera diperkenalkan di Malaysia, muncul seorang penyair yang bernama Jamdin B dengan dua buah puisinya berjudul “Langit Merah” dan “Kematian Kekasih Burni” memenangi Hadiah Sastera 1971. Sejak itu, Jamdin B atau nama sebenarnya Jamdin Buyong yang mula menulis puisi pada dekad 1950-an terus menajamkan fikiran dan memperhalus perasaannya dalam penghasilan puisi.

  • Share/Bookmark

Dewasa , Sastera

Akrab

Akrab - Post

Akrab mengandungi 50 buah puisi Lim Swee Tin yang telah memenangi Hadiah Penghargaan Anugerah Puisi Putra II, 1983. Kebanyakan sajak-sajak kumpulan ini membicarakan tentang sepi dan resah di samping persoalan-persoalan kemanusiaan, persahabatan, pencemaran alam dan sejarah keagungan masa silam yang ditimba dari metos dan sejarah bangsa. Kumpulan sajak ini berjaya mengungkapkan sesuatu persoalan dengan gaya bahasa yang indah, pendek, lembut dan meyakinkan.

  • Share/Bookmark

Buku Tambahan (Remaja) , Remaja

Angin di bawah Gunung

Angin di Bawah Gunung - Post

Angin di Bawah Gunung ini merupakan antologi karya pemenang Hadiah Sastera Sabah 1992/93 yang merangkumi genre puisi, cerpen, esei dan kritikan. Karya-karya yang dihasilkan oleh penulis muda dan penulis mapan ini kaya dengan daya cipta yang kreatif yang menyerlahkan kearifan dan kematangan para penulis Sabah dalam berkarya.

  • Share/Bookmark