Dewasa , Sastera

Kumpulan Puisi – Bahtera Madani

Kumpulan Puisi – Bahtera Madani

Penulis: A. Aziz Deraman

Cetakan: 2001

Puisi sebagai cipta seni yang tercermin pada gaya penyampaian atau persembahannya melalui unsur-unsur bahasa, bunyi, rangkap dan tatawajah, bagi A. Aziz Deraman bukanlah sekadar untuk hiasan. Setiap unsur itu mengutamakan fungsinya yang “tepat guna” supaya terjalin keeratan, keseimbangan dan keserasian makna. Dengan jalinan tersebut berupaya menimbulkan kemantapan pernyataan sikap, pemikiran dan pandangan hidup yang diungkapkan.
Demikianlah gaya penyampaian tentang persoalan alam dan kehidupan manusia yang dititipkan pada 82 buah puisinya sekitar awal hingga akhir tahun 1990-an dalam Bahtera Madani ini. Pernyataan yang dijaluri oleh jiwa rasa kemelayuan dan keislaman sentiasa menekankan kebenaran, bahawa jiwa rasa tersebut kekal terhimpun mutiara makna fitrah kehidupan yang arah kejernihan sinarnya tanpa digerhanai sangsi tanpa dilingkari sepi.

Untuk pembelian sila hubungi Koperasi DBP Bhd, Tingkat Bawah, Menara DBP Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur Tel: 03-21485869 / 03-21433505, Faks: 03-21487887, email: koopdbp@yahoo.com

  • Share/Bookmark


Buku Berkaitan

Hantar Maklum Balas