Buku Tambahan (Remaja) , Dewasa , Remaja , Sastera

Di Padang Kehidupan

Kumpulan Puisi – Di Padang Kehidupan

Penulis: Chai Loon Guan

Cetakan: 2008

Di Padang Kehidupan memuatkan sebanyak 100 buah puisi hasil karya Chai Loon Guan yang dihasilkan sejak mula pembabitan beliau dalam bidang penulisan puisi pada tahun 80-an hingga kini. Puisi-puisi yang kebanyakannya pernah tersiar dalam pelbagai majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan akhbar tempatan ini, memaparkan pelbagai tema seperti kemanusiaan, isu-isu semasa, alam sekitar, semangat cintakan tanah air dan diri penulis sendiri. Kumpulan puisi ini boleh dianggap istimewa kerana penulis menggunakan bahasa yang tersendiri dalam menyampaikan perasaan dan pemikirannya yang begitu mendalam terhadap kehidupan. Keindahan kata-kata dalam setiap bait pula mampu memberi kesegaran dan kesedaran kepada pembaca dalam menghayati puisi-puisi dalam kumpulan ini.

Untuk pembelian sila hubungi Koperasi DBP Bhd, Tingkat Bawah, Menara DBP Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur Tel: 03-21485869 / 03-21433505, Faks: 03-21487887, email: koopdbp@yahoo.com

  • Share/Bookmark


Buku Berkaitan

Hantar Maklum Balas