Archive for the ‘Sastera’ Category

Awang Belanga

Awang Belanga - Feat

Buku ini adalah suatu kajian khusus mengenai sejenis penglipur lara Melayu dari Perlis yang dikenali sebagai Awang Belanga. Penulis membahagikan penganalisisannya kepada dua sudut iaitu luaran dan dalaman. Dari segi luaran, penulis menyentuh aspek-aspek penting seperti diri penutur, warisan Awang Belanga dan cara penyampaian cerita.

  • Share/Bookmark

Antologi Puisi – Bunga Kekasih

Bunga Kekasih - Post

Buku ini menghimpunkan 45 buah puisi terbaik hasil garapan 14 orang penyair pemenang Sayembara Mengarang Puisi Sempena 50 Tahun Merdeka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Share/Bookmark

Antologi Puisi dan Kemanusiaan

Antologi Puisi Dan Kemanusiaan - Post

ANTOLOGI ini memuatkan puisi-puisi karya para penyair yang menyertai kegiatan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL) yang diadakan pada 16 hingga 22 Ogos 2004.

  • Share/Bookmark

Anjung Persinggahan

Anjung Persinggahan - Post

DEWAN SASTERA keluaran bulan April 1971 telah menyiarkan sajak saya yang berjudul “Buka Bicara”. Ketika itu saya berada dalam tahun kedua di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Saya terlalu gembira. Kegembiraan itu bersambungan ke bulan hadapannya apabila Dewan Sastera keluaran bulan Mei 1971 memuatkan kupasan Dharmawijaya. Pesanan penting Dharmawijaya ialah “… semoga Rahman Shaari tidak
akan menutup bicara setelah karyanya ini tersiar.”

  • Share/Bookmark

100 Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu

100 Tahun - Post

Buku ini menghimpunkan 19 buah kertas kerja yang pernah dibentangkan dalam “Seminar 100 Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu” yang diadakan di Johor Bahru pada 29-30 Januari 1989 anjuran bersama kerajaan negeri Johor, GAPENA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Share/Bookmark